Sunday 23 December 2012

Cara Pakai Bulu Mata Palsu

Assalamualaikum w.b.t


Hello guys! Ada yang tanya qim macam mana nak pakai bulu mata palsu dengan betul dan cepat? Okay qim akan bagi tips kat korang. Qim memang suka sangat pakai bulu mata palsu kalau pergi acara-acara yang dianggap 'keren' ahaks. :) But sometimes malas juga nak pakai. Apa-apa pun qim memang ikut mood.

Haa korang nak tau kenapa qim rajin bebeno main lekat-lekat bulu mata ni? Pemakaian bulu mata palsu ini adalah bertujuan untuk menimbulkan kesan mata terlihat lebih besar dan penuh. Mata qim kan a bit sepet. dats why lar.. :)  Memang ramai yang kurang mengetahui cara memakai bulu mata palsu. Hopefully tips yang qim bagi ini serba sedikit membantu anda di luar sana yang nak try-try pakai bulu mata palsu.



  • Firstly, korang kena siap-siap mekap bahagian mata korang. Amik eyebrow pencil, pekatkan ckit kening dan tak lupa color kelopak mata anda dengan eyeshadow okay. Sebab  kalau korang pasang bulu mata dulu, susah untuk korang nak menyolek pada bahagian mata korang. 
  • Sesuaikan kepanjangan bulu mata palsu korang dengan bulu mata sebenar korang. Kebanyakan ukuran bulu mata yang korang beli kat kedai tu lebih panjang sikit daripada garis mata sebenar. so korang boleh potonglah bulu mata tu dulu supaya ukurannya sesuai dengan garis mata.
  • Sapukan pelekat bulu mata atau gam dekat tangan / cotton buds dulu dan lepastu ratakan kat bulu mata palsu. Ini bagi mengelakkan terlalu banyak gam atas bulu mata palsu korang nanti.
  • Haa ni tips paling penting, biarkan gam kat bulu mata tu separuh kering, barulah korang tampal tepat pada kelopak mata korang, di mana kedudukannya betul-betul di atas bulu mata asli. Make sure masa tampal tu jari jemari korang tu tak comot dek gam sebab kalau comot susah nak tampal, nanti bulu mata palsu tu degil taknak melekat-lekat kat mata korang, tapi dok melekat kat jari korang. ishh tension okay macam tu.
  • Lepas bulu mata palsu dilekatkan, barulah korang pakai mascara. Ini akan membuatkan warna bulu mata asli dengan bulu mata palsu menjadi sama. Senang cerita, macam nampak original lah :)
Efek bulu mata membuatkan mata anda kelihatan lebih besar. 

Semoga bermanfaat ye korang & selamat mencuba!

Thanks for reading! :)

Peplum Fever

Assalamualaikum w.b.t 

Perasan tak negara kite ni memang update pasal trend. Masuk je trend baru, semua nak pakai, lepas beberapa bulan, trend lain pulak masuk. Dah semua ikut. Kadang-kadang tu macam pening juge, yela ada yang pakai kelihatan menawan dan ada yang pakai nampak pelik pula jadinya. Tak salah untuk masyarakat mengejar permodenan semasa. Menjadi fashionista boleh dikatakan idaman semua orang, bile rasa cantik, akan rasa lebih confident.Tapi kenalah beringat jangan sampai anda dilabel 'mangsa fesyen' ye.

This is mine :) Red peplum

Paling terbaru dan tercomel yang Qim tengok sekarang adalah fesyen PEPLUM. ini paling comei lah. suka tengok bebudak sekarang pakai dan Qim pun beli 3 set. hahaha. memang puas ati bile jumpa cutting peplum yang kite nak, yakni sesuailah dengan body kite. Ada orang cakap peplum ni sesuai untuk orang kurus je, baru nampak cantik. Hurm, bagi Qim tak juga. Sebenarnya peplum style ni sesuai untuk semua orang tak kire size badan. Tips nye senang, pilih peplum yang berukuran kecil dari badan anda supaya kelihatan FIT TO BODY. baru nampak peplum nye.  cantik cantik memang cantik! :)

            For those who interested in buying cheap Peplum with nice cutting, please contact me! 

Pelbagai style peplum yang ada sekarang, peplum baju kurung pun ada, bukan hanya skirt. Pilihan peplum Qim beli aritu color Merah, Biru dan Tiger pattern (mix of green&orange). Kat sini kite tunjuk yang merah saje. Upload banyak-banyak, nanti bosan pula tengok. Peplum korang macam mana pula? mesti cun-cun kan. Okaylah ini saje nak share buat masa ni. Nanti kite jumpa lagi ya. Taraa!

Thanks for reading! :)

Saturday 22 December 2012

Tips menjadi Hos TV


Assalamualaikum w.b.t

Ramai sekarang berminat nak menceburi bidang seni. Entry kali ni saya nak borak pasal bidang pengacaraan. Jika anda ada rupa dan minat untuk menjadi pengacara TV, apakah yang harus anda lakukan sementara menanti peluang diuji atau dikesan? Tapi rupa tu adalah bonus, personality dan confidence level yang tinggi lebih penting :) 
Antara perkara yang paling utama dalam bidang pengacaraan adalah KEFASIHAN kita dalam bertutur. Hanya pandai cakap Melayu sahaja tidak mencukupi. Apa yang saya maksudkan dengan kefasihan dalam bicara adalah kebolehan kita bertutur tanpa skrip dan haruslah spontan. Adakah penguasaan bahasa Melayu kita kuat? Haa, semua orang boleh ikut skrip tetapi bolehkah kita adunkan perkataan kita sendiri secara teratur dan berupaya menyampaikan sebuah rancangan TV dengan baik? Ini adalah satu kemahiran yang mesti diberi tumpuan semua pengacara. Ya kemahiran ini boleh dipelajari dan ditimba. 
Sentiasa senyum dan kelihatan ceria untuk menarik perhatian penonton.

Bila anda di depan lensa kamera, bayangkan anda sedang bercakap dengan seorang teman. Cuba fahamkan teman anda tentang apa yang cuba anda sampaikan. 
Body language itu penting, kadangkala gerakkan tangan anda dan lenggok badan sewaktu mengacara supaya nampak lebih selesa dan sekaligus boleh menghilangkan rasa gemuruh anda.

Selain daripada melatih diri dengan membaca dan memerhati cara pengacara-pengacara lain beraksi, anda boleh cuba langkah-langkah berikut ini.Langkah-langkah unik menguatkan kefasihan kita:
1. Anda mesti pandai bergaul dengan seberapa ramai orang di sekeliling anda. Jangan bergaul dengan teman yang sebaya sahaja. Anda mesti boleh bergaul dengan orang dewasa, kanak-kanak, warga tua, malah sesiapa sahaja. Dan bila anda bergaul, janganlah banyak memberi pendapat atau syiok sendiri berbual. Tetapi latih diri untuk mendengar kemudian banyakkan bertanya. Kerana bila kita melatih untuk lebih banyak bertanya (dari berbual), kita sebenarnya melatih diri untuk memikirkan bagaimana untuk menyambung perbualan yang seharusnya rancak. Bila kita faham soalan apa yang perlu ditanya untuk merancakkan perbualan, kita akan tahu bagaimana merancakkan sebuah sesi interview televisyen atau sebuah segment rancangan TV.
2. Banyak membaca bahan bacaan diluar minat kita. Ini akan meluaskan pengetahuan kita. Kemudian, cuba latih diri untuk menyampaikan informasi yang dibaca itu kepada teman (atau ahli keluarga) tanpa bergantung kepada bahan bacaan. Galakkan orang yang mendengar supaya bertanya dan kemudian anda cuba menjawabnya menggunakan ayat sendiri. Jika anda dapati anda belum cukup mahir dalam menjawab segala soalan dengan baik, itu menandakan anda belum mahir menyusun perkataan atau belum cukup menghayati topik yang dipilih.

3. Ambil akhbar Melayu dan pilih sebuah laporan. Setelah membacanya, cuba mengolah cerita itu dengan menggunakan ayat anda sendiri. Jika orang yang mendengarnya buat pertama kali memahami penyampaian anda, syabas. Maknanya anda boleh ‘ad lib’ dengan baik. ‘Ad lib’ adalah istilah industri kita yang bermaksud ‘improvise’ atau ‘daya spontan’ atau ‘kebolehan mengolah ayat sendiri’.
4. Kena FOkUS. sebab apa kena fockus? yelah takut  apa yang patut korang sampaikan tak sampai kepada penonton. Disuruhnya cakap A, anda cakap B. Lebih parah bile anda cakap benda yang langsung takde kena mengena. Jadi ingat, kena fokus dan bercakap ikut topik yang diberi.

Kenangan mengacara bersama :)
Thanks for reading!

Bakso

Assalamualiakum w.b.t

JAKARTA : Majlis Ulama Indonesia (MUI) sukar menentukan status halal bakso di pasaran negara itu kerana urusan jual beli daging di pasar terdedah kepada percampuran daging lembu dan babi.

Ketua Hariannya, Maruf Amin, berkata kemungkinan itu berlaku kerana tidak semua pasar menyediakan lot khas yang memisahkan daging halal dan haram. “Kami sukar menentukan status halal itu kerana aliran proses daging lembu tidak dikawal.

“Peralatan digunakan peniaga juga tidak boleh dipastikan sama ada benar-benar terpisah atau tidak,” katanya. - METRO.


Haa sebab tulah saya tak berapa nak makan sangat bakso ni. Especially yang dorang jual 'sorong-sorong' tu kat seluruh Indonesia. Tapi ramai kawan-kawan saya suka sangat makan bakso. Kalau was-was nak makan bakso ni, senang je. Apa kata korang buat sendiri bakso kat rumah. takdelah isu daging tak halal ke apa. Kalau buat sendiri senang, cari daging halal sendiri halal. siap! :)
 Haa ni bakso kt Malaysia. Bakso 1 Malaysia. Jarang-jarang kite nampak kan. tp cool juga :) macam real kt Indonesia


Bakso originally from Indonesia. sorong papan tarik papan gtew ~ :)


Iyah tuan-tuan dan puan-puan, bikin bakso itu gampang buangettt! Gampang itu bermaksud mudah ye dalam bahasa indonesia. Bukan gampang dalam bahasa budak-budak kite tu. tu dah lain ertinya. hehe.


Haa ni dia resipi Bakso Sedap! hhehehe. buat sendiri je senang.

Bahan-bahan ( 7-8 org )

  • Mee Hoon 1 bungkus (400 gm)
  • Taugeh
  • Kobis dihiris halus
  • *UTK BEBOLA
  • 400 gm daging cincang
  • 2 biji bawang merah diracik halus
  • 2 biji bawang putih diracik halus
  • 2 sb telur (1/2 biji)
  • 1 sk tepung ubi / tepung jagung
  • sedikit serbuk lada sulah n garam
  • *UTK KUAH
  • 3 biji bawang merah dihiris
  • * 3 ulas bawang putih
  • *1/2 inci halia
  • *1sk lada sulah biji
  • 1 batang serai diketuk
  • 1 sb pati daging / pati ayam
  • sedikit serbuk lada sulah
  • garam n perasa

Cara-cara

  1. UTK KUAH; Tumbuk bahan bertanda *. Panaskan minyak, tumis bawang meras hingga kekuningan. Masukkan bahan yg telah ditumbuk tadi, tumis hingga garing n naik bau. Masukkan sekali serai.
  2. Masukkan air, masukkan juga pati daging, serbuk lada sulah, garam n perasa.
  3. UTK BEBOLA: Sementara menunggu kuah mendidih, gaul semua bahan utk membuat bebola daging. Bentukkan bulat mengikut saiz yg kita suka. Siap membentukkan masukkan kedlm kuah tadi, biar mendidih. Kuah siap apabila bebola tadi timbul. Siap kuah n bebola
  4. Rendam bee hoon dan celur, kemudian tapis. Hidang bee hoon dgn taugeh n kobis. Tuang kuah dgn bebola. Boleh juga guna mee lain.
  5. Biasanya di indonesia.. bakso dihidang dgn cili padi yg ditumbuk berasingan dgn kicap... Kicap yg sering diguna kicap ABC.... Tak tahulah kat tempat lain ada tak... Tapi kalau kat batu pahat leh jumpa....

 Sungguh enak dimakan begitu saja. Ahaks! 

Thanks for reading!

Monday 17 December 2012

2012 Finale Vacation

Assalamualaikum w.b.t

Ting ting ting! tak lama je lagi kite nak melangkah ke tahun baru! Agak-agak semua azam korang pada tahun 2012 ni dah tercapai tak? Mine, syukur Alhamdulillah apa yang diazamkan menjadi kenyataan. Tahun ni just nice lah orang cakap. :) Buka balik diari (ade lagi ke orang buat diari zaman ni? hehe) and i tengok semua resolution list i dah habis ticked! :) So apa lagi i nak bercuti tenangkan minda sebelum nk buat my new resolution list for next year! 2013. Rasanya tahun 2013 ni kena tekankan kepada bajet ni. Al-maklumlah semua benda dah mahal sekarang. Kena pula dengan orang yang boros macam tuan hamba ni. ish3. Boros amalan syaitonnn~ tak baik. okay tu boleh masukkan dalam list 2013 nanti.


So i decide pergi ke Ipoh, Perak. Okay i tak pernah menjejakkan kaki ke sana lagi. Sampai-sampai sana je i checked in at Kinta Riverfront Hotel & Suites. Hotel ini baru beroperasi dalam setahun. Kira hotel baru lah ni. memang puas hati lah duduk sini. :) Kalau korang sampai Ipoh, nak overnight sana i boleh suggest korang stay kat Kinta hotel ni. I boleh bagi stars 4 out of 5 okay! :)

 Swimming pool dia paling I suka. A 'see through' swimming pool. Cool isn't it :) 


Nak berenang kat Level 5. Nak makan pula kat level 4. Untuk breakfast pula macam-macam ada, time tu perut macam nak pekena Nasi Lemak and Mango juice. Yang orang sebelah i ni dok main tibai sume makanan best la situ. hehe Yummy!

Okay ini dia Bread Pudding. You guys should try it! Seriously sedap killer! :) lemak berkrim disukai ramai

Dah makan-makan, then siang pergi lah outting. Macam-macam benda kat Ipoh ni kita boleh explore sebenarnya. Boleh shopping sekali ye dop?! Bak kata orang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Okay tak mau banyak merepek bab tu. Selepas dah bosan shopping we're back to hotel! sekarang la masanya nak beraksi kat kolam renang berkaca tu. memang enjoy, sambil tangkap gambo leh kite.

 TADAAA! angan-angan nak jadi perenang berirama tak kesampaian. Impian tercapai hanya di Kinta Hotel, Ipoh je.



 Haa beginilah dah takde kerja kan. macam-macam pose lah gamaknya adik beradik berdua ni.
 boleh pose cmni juge :)


Ada aksi ganas yang tak berapa sesuai untuk tontonan kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah. bukan apa, aksi macam ni boleh lemas.hehehehe.
Haa ni lepas geram namanya :)

So, korang ape lagi tunggu? musim cuti sekolah ni. Boleh lah korang pergi bercuti bawa family dengan anak-anak semua kesini. KEREN LHO! ;)

Thanks, for reading!