Assalamualaikum w.b.t
Antara perkara yang paling utama dalam bidang pengacaraan adalah KEFASIHAN kita dalam bertutur. Hanya pandai cakap Melayu sahaja tidak mencukupi. Apa yang saya maksudkan dengan kefasihan dalam bicara adalah kebolehan kita bertutur tanpa skrip dan haruslah spontan. Adakah penguasaan bahasa Melayu kita kuat? Haa, semua orang boleh ikut skrip tetapi bolehkah kita adunkan perkataan kita sendiri secara teratur dan berupaya menyampaikan sebuah rancangan TV dengan baik? Ini adalah satu kemahiran yang mesti diberi tumpuan semua pengacara. Ya kemahiran ini boleh dipelajari dan ditimba.
Sentiasa senyum dan kelihatan ceria untuk menarik perhatian penonton.
Bila anda di depan lensa kamera, bayangkan anda sedang bercakap dengan seorang teman. Cuba fahamkan teman anda tentang apa yang cuba anda sampaikan.
Body language itu penting, kadangkala gerakkan tangan anda dan lenggok badan sewaktu mengacara supaya nampak lebih selesa dan sekaligus boleh menghilangkan rasa gemuruh anda.
1. Anda mesti pandai bergaul dengan seberapa ramai orang di sekeliling anda. Jangan bergaul dengan teman yang sebaya sahaja. Anda mesti boleh bergaul dengan orang dewasa, kanak-kanak, warga tua, malah sesiapa sahaja. Dan bila anda bergaul, janganlah banyak memberi pendapat atau syiok sendiri berbual. Tetapi latih diri untuk mendengar kemudian banyakkan bertanya. Kerana bila kita melatih untuk lebih banyak bertanya (dari berbual), kita sebenarnya melatih diri untuk memikirkan bagaimana untuk menyambung perbualan yang seharusnya rancak. Bila kita faham soalan apa yang perlu ditanya untuk merancakkan perbualan, kita akan tahu bagaimana merancakkan sebuah sesi interview televisyen atau sebuah segment rancangan TV.
2. Banyak membaca bahan bacaan diluar minat kita. Ini akan meluaskan pengetahuan kita. Kemudian, cuba latih diri untuk menyampaikan informasi yang dibaca itu kepada teman (atau ahli keluarga) tanpa bergantung kepada bahan bacaan. Galakkan orang yang mendengar supaya bertanya dan kemudian anda cuba menjawabnya menggunakan ayat sendiri. Jika anda dapati anda belum cukup mahir dalam menjawab segala soalan dengan baik, itu menandakan anda belum mahir menyusun perkataan atau belum cukup menghayati topik yang dipilih.
3. Ambil akhbar Melayu dan pilih sebuah laporan. Setelah membacanya, cuba mengolah cerita itu dengan menggunakan ayat anda sendiri. Jika orang yang mendengarnya buat pertama kali memahami penyampaian anda, syabas. Maknanya anda boleh ‘ad lib’ dengan baik. ‘Ad lib’ adalah istilah industri kita yang bermaksud ‘improvise’ atau ‘daya spontan’ atau ‘kebolehan mengolah ayat sendiri’.
4. Kena FOkUS. sebab apa kena fockus? yelah takut apa yang patut korang sampaikan tak sampai kepada penonton. Disuruhnya cakap A, anda cakap B. Lebih parah bile anda cakap benda yang langsung takde kena mengena. Jadi ingat, kena fokus dan bercakap ikut topik yang diberi.
Kenangan mengacara bersama :)
Thanks for reading!
Terima kasih :)
ReplyDeleteSama2 🌞
Delete