Saturday, 22 December 2012

Bakso

Assalamualiakum w.b.t

JAKARTA : Majlis Ulama Indonesia (MUI) sukar menentukan status halal bakso di pasaran negara itu kerana urusan jual beli daging di pasar terdedah kepada percampuran daging lembu dan babi.

Ketua Hariannya, Maruf Amin, berkata kemungkinan itu berlaku kerana tidak semua pasar menyediakan lot khas yang memisahkan daging halal dan haram. “Kami sukar menentukan status halal itu kerana aliran proses daging lembu tidak dikawal.

“Peralatan digunakan peniaga juga tidak boleh dipastikan sama ada benar-benar terpisah atau tidak,” katanya. - METRO.


Haa sebab tulah saya tak berapa nak makan sangat bakso ni. Especially yang dorang jual 'sorong-sorong' tu kat seluruh Indonesia. Tapi ramai kawan-kawan saya suka sangat makan bakso. Kalau was-was nak makan bakso ni, senang je. Apa kata korang buat sendiri bakso kat rumah. takdelah isu daging tak halal ke apa. Kalau buat sendiri senang, cari daging halal sendiri halal. siap! :)
 Haa ni bakso kt Malaysia. Bakso 1 Malaysia. Jarang-jarang kite nampak kan. tp cool juga :) macam real kt Indonesia


Bakso originally from Indonesia. sorong papan tarik papan gtew ~ :)


Iyah tuan-tuan dan puan-puan, bikin bakso itu gampang buangettt! Gampang itu bermaksud mudah ye dalam bahasa indonesia. Bukan gampang dalam bahasa budak-budak kite tu. tu dah lain ertinya. hehe.


Haa ni dia resipi Bakso Sedap! hhehehe. buat sendiri je senang.

Bahan-bahan ( 7-8 org )

  • Mee Hoon 1 bungkus (400 gm)
  • Taugeh
  • Kobis dihiris halus
  • *UTK BEBOLA
  • 400 gm daging cincang
  • 2 biji bawang merah diracik halus
  • 2 biji bawang putih diracik halus
  • 2 sb telur (1/2 biji)
  • 1 sk tepung ubi / tepung jagung
  • sedikit serbuk lada sulah n garam
  • *UTK KUAH
  • 3 biji bawang merah dihiris
  • * 3 ulas bawang putih
  • *1/2 inci halia
  • *1sk lada sulah biji
  • 1 batang serai diketuk
  • 1 sb pati daging / pati ayam
  • sedikit serbuk lada sulah
  • garam n perasa

Cara-cara

  1. UTK KUAH; Tumbuk bahan bertanda *. Panaskan minyak, tumis bawang meras hingga kekuningan. Masukkan bahan yg telah ditumbuk tadi, tumis hingga garing n naik bau. Masukkan sekali serai.
  2. Masukkan air, masukkan juga pati daging, serbuk lada sulah, garam n perasa.
  3. UTK BEBOLA: Sementara menunggu kuah mendidih, gaul semua bahan utk membuat bebola daging. Bentukkan bulat mengikut saiz yg kita suka. Siap membentukkan masukkan kedlm kuah tadi, biar mendidih. Kuah siap apabila bebola tadi timbul. Siap kuah n bebola
  4. Rendam bee hoon dan celur, kemudian tapis. Hidang bee hoon dgn taugeh n kobis. Tuang kuah dgn bebola. Boleh juga guna mee lain.
  5. Biasanya di indonesia.. bakso dihidang dgn cili padi yg ditumbuk berasingan dgn kicap... Kicap yg sering diguna kicap ABC.... Tak tahulah kat tempat lain ada tak... Tapi kalau kat batu pahat leh jumpa....

 Sungguh enak dimakan begitu saja. Ahaks! 

Thanks for reading!

1 comment: