Assalamualaikum w.b.t
Ting ting ting! tak lama je lagi kite nak melangkah ke tahun baru! Agak-agak semua azam korang pada tahun 2012 ni dah tercapai tak? Mine, syukur Alhamdulillah apa yang diazamkan menjadi kenyataan. Tahun ni just nice lah orang cakap. :) Buka balik diari (ade lagi ke orang buat diari zaman ni? hehe) and i tengok semua resolution list i dah habis ticked! :) So apa lagi i nak bercuti tenangkan minda sebelum nk buat my new resolution list for next year! 2013. Rasanya tahun 2013 ni kena tekankan kepada bajet ni. Al-maklumlah semua benda dah mahal sekarang. Kena pula dengan orang yang boros macam tuan hamba ni. ish3. Boros amalan syaitonnn~ tak baik. okay tu boleh masukkan dalam list 2013 nanti.
So i decide pergi ke Ipoh, Perak. Okay i tak pernah menjejakkan kaki ke sana lagi. Sampai-sampai sana je i checked in at Kinta Riverfront Hotel & Suites. Hotel ini baru beroperasi dalam setahun. Kira hotel baru lah ni. memang puas hati lah duduk sini. :) Kalau korang sampai Ipoh, nak overnight sana i boleh suggest korang stay kat Kinta hotel ni. I boleh bagi stars 4 out of 5 okay! :)
Swimming pool dia paling I suka. A 'see through' swimming pool. Cool isn't it :)
Nak berenang kat Level 5. Nak makan pula kat level 4. Untuk breakfast pula macam-macam ada, time tu perut macam nak pekena Nasi Lemak and Mango juice. Yang orang sebelah i ni dok main tibai sume makanan best la situ. hehe Yummy!
Okay ini dia Bread Pudding. You guys should try it! Seriously sedap killer! :) lemak berkrim disukai ramai
Dah makan-makan, then siang pergi lah outting. Macam-macam benda kat Ipoh ni kita boleh explore sebenarnya. Boleh shopping sekali ye dop?! Bak kata orang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Okay tak mau banyak merepek bab tu. Selepas dah bosan shopping we're back to hotel! sekarang la masanya nak beraksi kat kolam renang berkaca tu. memang enjoy, sambil tangkap gambo leh kite.
TADAAA! angan-angan nak jadi perenang berirama tak kesampaian. Impian tercapai hanya di Kinta Hotel, Ipoh je.
Haa beginilah dah takde kerja kan. macam-macam pose lah gamaknya adik beradik berdua ni.
boleh pose cmni juge :)
boleh pose cmni juge :)
Ada aksi ganas yang tak berapa sesuai untuk tontonan kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah. bukan apa, aksi macam ni boleh lemas.hehehehe.
Haa ni lepas geram namanya :)
So, korang ape lagi tunggu? musim cuti sekolah ni. Boleh lah korang pergi bercuti bawa family dengan anak-anak semua kesini. KEREN LHO! ;)
Thanks, for reading!
No comments:
Post a Comment