Assalamualaikum w.b.t
Sekarang jam menunjukkan pukul 3 pagi and kenapa diri ini tak tidur lagi??? okay, saya pun tak tau nak jawab apa. Saya bukan mengalami insomnia tapi saya dah tertidur kejap malam td. ni baru bangun. esok ade shooting. memang terbaik sangat. Saya tertidur tadi pun sebab perut lapar...pastu mcm nge-ngantuk blur-blur... golek punya golek kat atas katil tu, saya terus diulit mimpi tanpa disedari. Oh emm jayyy! nape ayat macam nak dapat point karangan PMR ni? Okay cut the craps Qimmy!
Hari ni nak cakap pasal makanan favourite saya! Saya memang penggemar aiskrim yang tegar. Semua aiskrim memang sapu terus. Kat rumah ni kalau beli aiskrim bertong-tong yang kat Tesco tu, yang dok menghabiskan kesemua aiskrim tu adalah Qim. Yes! tak tipu! Kalau orang balik keje kat rumah ni, sape-sape yang mengidam nak makan aiskrim tu memang akan frust menonggeng bila buka fridge tengok aiskim yang banyak-banyak tu dah lesap.
Sejak pertama kali makan Tutti Fruity dulu, memang terus jatuh cinta! Kadang-kadang sampai boleh ignore orang sebelah masa makan tu. Punyalah 'feel' menikmati aiskim TF tu.heehehe.
Dengar je pasal Tutti Fruity ni dah ade kat Malaysia, memang excited la. hehehe. Tutty Fruity ni jual frozen yoghurt. Ala-ala yoghurt yang telah di-aiskrim-kan. Pergh kalau cikgu BM saya tengok type cenggini, mesti dia sedih. Hehe. Oh saya pernah kena gelak sebab panggil benda ni aiskrim. eh Hello! ske hatilah saya memang suka guna bahasa sendiri. dah benda tu memang macam aiskrim pown.hehehe ceh tak memasal nak emo! Terimalah diri ekau tu dah selalu dibahan Qim oi. :P
TF with family members! ^.^
Haa cakap pasal aiskrim yoghurt ni, kalau aiskrim tu memang saya selalu makan. Yoghurt plak kadang-kadang je makan sebab tak tahan masam dia. Saya makan pun sebab kandungan yoghurt ni sangat berkhasiat. Kaya dengan pelbagai vitamins dan mampu meningkatkan auto imun tubuh kita. Frozen yoghurt ni sesuai lah sangat bagi mereka yang nak diet sebab benda ni sedapppp dan menyihatkan ogeyy! Kalau perasan banner saya ni pun haa dekat salah satu cawangan Tutti Fruity di Seksyen 9 Shah Alam.
Tengok betapa tegarnya kt TF ni sampai letak banner kat blog ni. Sekarang dah banyak dah kedai TF ni, bersepah dah. Yang qim selalu makan pun dekat Klang, Cheras, Lot 10 & Shah Alam. Ada lagi cawangan TF dibuka dekat Sunway Pyramid, TTDI, The Curve, Wangsa Walk.
Percaya tak dua-dua cup ni Qim makan sorang ogey. pelahap btul. hihi
TF memang tempat paling sesuai korang nak lepak dengan member-member korang, tak kisah lah nak discuss something ke, nak buat assignment ke, nak borak-borak kosong ke, nak bergambar ke memang TF la tempat paling sesuai. Takde sape larang, malah orang kerja TF tu lagi mengalu-alukan korang hehe. Tempat pun sejuk ber'air-cond'. Kalau ada di antara korang yang tak tahan sejuk, TF ada juga menyediakan tempat duduk di luar. Oh ya, tak silap TF ni ada 3 cup. small, medium, & large. (cup berkaler hijau, pink, orange and pink).
Lepas korang amik yoghurt dengan cara mengepam tu, korang boleh tambah toppings. Buah-buah dia ada strawberi, kiwi, pisang, peach, nenas dan banyak lagilah. Lagi ada jugak topping coklat chips, oreo, waferstick, nata de coco, smarties banyak lagilah.
Ni toppings dia! :) Jom pilih!
Lepas pilih topping, sesi menimbang pula. Cup TF korang perlu ditimbang sebab nak tahu berapa yang korang kena bayar. Selalunya Qim amik size Medium or Large. Kena charge dalam RM15++ Haa, as a reminder, korang jangan terlalu ikut nafsu sangat. Hehe. kang tah berapa kena bayar pulak. Bagi Qim, harga dia reasonable lagi. Yela, sebab sedap kan, tu rasa berbaloi. :) Boleh hilangkan stress ku ini. Okay, ni antara kelebihan Tutti Fruity:
- Menguatkan sistem imun badan.
- Mengelakkan diarrhea
- Mencegah kanser usus
- Merendahkan tekanan darah tinggi
- Mengurangkan kadar kolestrol
- Mencegah bakteria berbahaya.
So, apa lagi tunggu ? Pada sesiapa yang nak makan aiskim but at the same time nak diet, Tutti Fruity adalah pilihan yang TEPAT! Jom ramai-ramai serbu TF sekarang! ;DD
Thanks for reading!
No comments:
Post a Comment