Saturday, 12 January 2013

Kembali Photoshoot

Assalamualaikum w.b.t

Mood ber-photoshoot kembali setelah menerima panggilan dari abang Razman. "Ok Qim, nak shoot gambar and video sekali. Boleh kan?". Wah ade juga orang nak record aksi kite kan. =) Panggilan itu menaikkan semangat saya untuk beraksi lagi di depan lensa kamera. Berbulan jugalah tak bergambar ni. Maklumlah, dah semakin busy banget! Kalau takat gambar ambil sendiri tu takyah cakaplah. tu mesti ada. Payment yang ditawarkan pun lumayan kateko! :) Alhamdulillah. Oh ya, this time abang Razman kata nak tonjolkan bahagian wajah especially gigi dan senyuman. So, memang kena senyum lebar-lebar katanya.  Sebab iklan melibatkan suatu produk kecantikan dan ubat gigi. Kena nampak Fresh! :) Pagi tu bangun pagi dan mandi. Gosok gigi agak lama lah hari tu. nak bagi betul-betul bersih. Paling penting sekali bau nafas kita pun kena jaga. Kena pastikan ianya tidak berbau. Nanti buat malu je. Nak tambah berkesan, boleh lah korang beli chewing gum or any sweets yang mint/berangin untuk cover bau mulut tu. Macam saya selalu beli Halls, Clorets, Dentyne takpun Everest Mint. 


 Tahun 2008 yang mengenalkan saya dalam bidang ini. Lokasi sewaktu itu di Bandung, Indonesia when i was doing my pre-medic over there. Mase tu tengah lepak-lepak kat cafe, after class. Then, ada orang approach untuk bekerjasama dengan dia. Start dari situlah saya menjinak-jinakkan diri dalam bidang peragaan. Lepas sekali attend 1 photoshoot, lepastu tawaran lain akan datang. Tapi saya nasihat kenalah pilih tema photoshoot sesuai dengan diri anda. Sebab kalau anda grab je tanpa fikir panjang, it's not worth it you know, trust me. 

Oh, adakah ganggu masa belajar? Tentu tidak sama sekali. Kena pandai urus masa, kenalah atur schedule anda dengan betul. kalau packed sangat, memang saya tolak tawaran cara baik. kalau tidak pun, saya akan curi masa free biasanya weekend. Bosan-bosan tu boleh la pergi. At least ada life sikit, Maklumlah di tempat orang. Aktiviti pun tak banyak selain daripada aktiviti campus. Boleh dikatakan banyak juga pengalaman yang saya kumpul dalam bidang ini. Alhamdulillah. Saya juga menjadi semakin dewasa dan dapat meningkatkan konfiden diri. Yela, macam-macam orang kite jumpa kan. Setiap seorang mempunyai sudut pandang yang berbeza-beza. Jadi kita dapat menyesuaikan diri dan lebih mengenali orang. Saya ambil yang postitif, iaitu saya enjoy melakukannya, justeru itu mendapat income. Bukan hanya income yang saya fokus, TAPI pengalaman. Itu sangat penting bagi saya. Jadi, saya menjadikan bidang modeling ini menjadi part-time job saya selain make-up orang, performer (dance+hosting+acting) dan juga handle online business saya (jual casing, vapor, alat mekap, baju, heels).

Meet my MUA: Kak Diana :)

Okay back to the story, pada hari photoshoot tu memang bangun awal dan mekap sikit. Just light make-up coz nanti kat sana akan dimekapkan oleh jurumekap abang Razman, bernama Kak Diana. Sweet orangnya, guess what? Kak Diana sudah pun berumahtangga. Husband dia pun salah sorang photographer yang hadir mase tu. Dorang friendly & memang sweet couple lah! Venue dia dekat Ara Damansara. Kena pergi office abang Razman dulu. Nasib baik ada GPS yang banyak tolong nak sampai kt studio tu.

Sampai-sampai je, terus ganti baju and mekap. Konsep mekap 'natural' sahaja. sukaaanya! Yela selalunya photoshoot dorang makeup tebal-tebal (heavy make-up) terasa berat bebeno muka ni. Siap kalau senyum boleh nampak Crack! hehehe. So memang qim prefer 'natural' je.

Senyum lebar-lebar !
Your smile is contagious! So please smile while you can! :)

"It's a WRAP!!!" Dengar je benda tu semua jerit Hooray! hahaha It was fun! Crew-crew semua sporting abis, padahal baru first time jumpe dengan diorang. :) Pendek kata senang bekerjasama dengan abang Razman dan crewnya. Selain daripada mesra orangnya, payment pun dia bagi on time. :) Rasanya inilah sesi bergambo yang paling sekejap saya pernah buat.Hanya sejam lebih! sangat marvellous! :) Tak penat pun. just duduk-duduk jadi perasan berangan macam seorang princess. Then, senyum-senyum sengsorang. Kena buat macam ni, tengok cermin den alih-alihkan muka sambil tengok cermin tu, then tengok gigi, tunjuk gigi macam buat ekspresi yang gedik-gedik comel. Kadang-kadang tu ter'over' minta maaf lah ye. hahaha. Yang lain pun gelak bile Qim buat over.kuikui.. Memang terbaiklah 

Selesai semua, masing-masing kemas dan balik. Rasanya saya yang balik paling awal sebab ada appointment dengan customer plak lepastu. Tu jelah nak share untuk this entry. Oh ya, next dapat job Bridal Photoshoot! Ini kali ketiga menggayakan baju pengantin. InsyaAllah saya update lepas ni pasal sesi shoot baju pengantin pula. Taraa!

Thanks for reading guys!


No comments:

Post a Comment