Sunday, 25 November 2012

Control Your Diet


Assalamualaikum w.b.t

Hobby qim MAKAN. Bila ada mood memang qim makan je kerjanya. Mood makan qim sampai ke kemuncak bila mood tengah happy, stress dan juga bila dekat-dekat nak PMS. Normal lah tu bagi semua kaum hawa musim nk ganti darah kan, selera memang tinggi. Oklah happy, happy juga. Makan, makan juga. Medical check-up jangan lupa. Apa malas? uishhh jangan malas-malas. Penting tu kena buat paling koman pun 6 bulan sekali sepatutnya. if busy sgt, boleh la delay sikit JANJI CHECK! 

Ujian paling hebat tiap kali attend kenduri kawin. 
Sangat menguji nafsu makan uolls kan?

Usually patients yang datang nak buat check up kat kami pun golongan-golongan yang dah berusia je. Pada orang yg dah berumur 35 tahun dan ke atas memang dah wajib buat rutin check-up ya sebab pada umur ini badan kite lebih cenderung untuk diserang macam-macam masalah yang tidak diingini. Jadi kalau kite selalu check, InsyaAllah dapatlah kite detect awal dan mencegah penyakit-penyakit yang digeruni itu. 

Yang qim dapat lihat, budak-budak muda umur 20++ yang rajin datang ke hospital buat check up tu memang baguslah, mereka sangat prihatin dengan kesihatan diri dey'all. Maklumlah banyak penyakit ibarat 'musuh dalam selimut' kan. Ketahuilah kadar kolesterol dan glucose anda. tak rugi buat awal-awal. So that uolls boleh control cara pemakanan uolls lebih awal. Jangan nak pergi  apply kerja je teringat nak buat check-up. Oops! :p kalau macam tu, agak-agak 5 tahun skali lah anda check ye? isk isk isk...

Anda makan macam ni? oklah sape tak terliur tengok meal macam ni rupa.ye dop! nak merasa boleh, tapi kena ingat. uolls kena setkan or plan pengambilan makanan dengan betul. contohlah lepas anda makan semua ni. trus anda puasa setahun. uiks hiperbolanya statement tu.hehe.kidding. I mean anda boleh rancang makan benda ni dalam sebulan sekali. boleh tak? memang susah but kalau nk sihat, kena la disiplinkan diri dengan makan makanan yang sihat. bukan sihat je uolls dapat. Cantik, lebih slimmm, muka bebas jerawat or berminyak. Haaa semua uolls dapat. 1 package hang dapat. puas hati nahh.

Kurangkan makanan berminyak, bergoreng dan berlemak kerana makanan-makanan tersebut mempunyai kadar kolesterol yang sangat tinggi. Tak baik untuk kesihatan. Selain itu, you need to change your eating habit as well. Contoh: korang suka minum lepas sekali suap. makan, minum. makan, den minum lagi. woah woahhh please STOP IT! perut korang akan cepat buncit/boroi dengan perlakuan sebegitu rupa.seriously. Take note ya! Jangan biarkan diri anda dibelenggu oleh kebuncitan. hehe. Kesihatan luar bermulanya daripada kesihatan dalaman tau. cara pemakanan korang, rutin exercise korang semua diambil kira, dan yang paling penting sifat peribadi korang! haa tu semua kenalah jaga. Minum air masak yang cukup. If uolls rasa susah & tak boleh juga nak control pemakanan uolls, jangan risau, khidmat dietition di hospital ada.

Mereka boleh kawal uolls sampai bantai-bantai semua. hahaha takdelaa..mereka sangat professional. Bagi mereka, uolls yang malas ni semua ibarat keras-keras kerak nasi je. Adalah tactic dorang nak buat uolls cair. Janji dengar nasihat mereka. Gtewww!~ if malas pergi GH, nak menunggu turn berabad, uolls boleh pergi ke clinic/hospital swasta. Just sediakan fulusnya. :) Takpelah kan spend sikit demi kesihatan. Ini semua nak mengelakkan kite dari pelbagai penyakit yang tak diingini. Jadi, cegahlah ia. sebelum terlambat.

Prevention is better than cure!


Thanks for reading! ^.^

No comments:

Post a Comment