Sunday 25 November 2012

Aura Pesona. Ketahui Jenis Kulit Anda

Assalamualaikum w.b.t

Wajah-wajah ceria kami!
 Memories. Lucky Number 9! Thanks for your support guys! :)

Hii! This time saya nak share tentang penjagaan/perawatan kulit especially muka kite! Tapi sebelum tu kena tau jenis kulit kite dulu. Bab kulit wajah ni kaum wanita perlu lebih peka, sebab apa? sebab kaum kite lah yang lebih suka makeup compare dengan lelaki kn. So, kalau tak betul-betul cuci makeup, peluang pori-pori tersumbat amatlah tinggi ye uolls.

Penjagaan kulit amat penting sekali baik kepada wanita maupun lelaki. Kelembutan dan keseimbangan kulit harus dirawat secara rutin. Kulit harus selalu diberi nutrisi dan dilindungi untuk menjaga agar kulit selalu tampak indah dan sihat serta memperlambatkan proses penuaannya.

 
Shortlisted to Top 10 Clean & Clear 2012 Competition. Great experience!
Know your skin well, protect it and SMILE!


Terutama sekali pada bahagian wajah. Jadi, pemilihan dan cara pemakaian pencuci muka amat penting sekali. Actually, pada entry kali ini saya nak share produk yang saya guna selama ini tapi macm tak jadi pula, saya panjatkan niat saya kat next entry ye, =) Wajah yang bersih memberi keyakinan pada individu itu sendiri. Jika berminat, boleh contact saya untuk informasi lanjut dan cara pembelian produk Mary Kay melalui saya. :) Huh why Mary Kay? Itu uolls kena tnggu next entry okay~ :)



Berikut merupakan jenis-jenis kulit yang uolls perlu tahu:



  • Kulit Normal
  • Kulit Kering
  • Kulit Berminyak
  • Kulit Kombinasi

KULIT NORMAL
Kulit jenis biasa ( normal ) adalah kurniaan tuhan iaitu kulit kelihatan halus dan bersih - macam kulit bayi tu..

KULIT KOMBINASI
Kulit jenis ini adalah licin, lembut dan lembab apabila disentuh. Kadang-kadang kulit jenis ini lebih kepada kering atau berminyak. Keadaan pori pori adalah sekata dan halus. Warna kulit nampak sihat dan berseri. Penjagaan kulit sebegini harus diamalkan supaya selalu kelihatan bersih dan gebu. Kulit jenis ini pun akan bertukar, bergantung pada penjagaan uolls, mcm dari segi jenis produk yang digunakan , keadaan persekitaran dan hormon.

Masalah masalah biasa yang mungkin dihadapi :
Kelenjar minyak yang tidak sekata
Muka kering
Jeragat (pigmentasi)
Whitehead ( Milia Seed )

KULIT KERING

Kulit jenis ini biasanya kurang berminyak / lembab atau kedua duanya sekali. Keadaan ini disebabkan oleh kelenjar minyak yang kurang aktif atau terdedah pada penghawa dingin ( air–conditoner ), pembersih muka yang beralkali tinggi ( sabun mandi yang buih berlebihan ), kurang minum air dan ubat - ubatan ( medications – Roaccutane ).

Masalah masalah yang biasa dihadapi adalah:
Kedut / garis garis halus
Bintik bintik hitam (freckles)
Whitehead ( Milia Seed )
Hitam di sekeliling mata
Jeragat (pigmentasi)
Keseluruhan muka kering dan kusam


p/s : cuba tekan pipi korang dengan jari telunjuk... dan halakan ke arah hidung secara perlahan dan lembut... .. jika terdapat garis-garis menunjukkan kulit anda adalah kering dan perlu diberi perhatian.. kulit kering adalah salah satu penyebab jeragat!!!

KULIT BERMINYAK

Kulit jenis ini biasanya kelihatan tebal dengan pori pori terbuka. Ia kemungkinan bermasalah ( jerawat - akibat penyumbatan pada pori pori) kerana kelenjar minyak terlalu aktif menghasilkan minyak yang berlebihan pada permukaan kulit. Disampig itu, faktor hormon ( remaja ), cuaca yang panas dan makanan yang berlemak tinggi juga boleh menyebabkan kulit berminyak. Kebaikan kulit sebegini adalah ia melambatkan proses penuaan.

Masalah masalah yang biasa di hadapi adalah seperti berikut:
Blackhead
Jerawat
Pori pori terbuka
Parut
Keseluruhan muka berminyak

KULIT BERMASALAH
Kulit bermasalah mempunyai ciri yang sama seperti kulit berminyak iaitukelenjar minyak terlalu aktif. Faktor hormon ( remaja ) merupakan salah satupunca minyak berlebihan. Jerawat terjadi apabila pori pori yangmengeluarkan minyak berlebihan akan merangsang pembiakan bakteria.
Inilah yang menyebabkan jerawat (acne) timbul. Oleh itu, pembersihanyang sempurna amat digalakan. Hormon yang tidak seimbang ketika
berlakunya pengaliran haid menyebabkan pertumbuhan jerawat padabahagian mulut, dagu dan dahi – ini hanya sementara waktu.

Masalah masalah yang biasa adalah seperti berikut:
Blackhead
Jerawat
Jerawat batu
Pori-pori terbuka

KULIT SENSITIF

Jenis kulit ini sangat peka terhadap rangsangan faktor luar. Misalnya perubahan cuaca,ia boleh mengakibatkan kulitnya pecah-pecah, memerah dan pedih. Kesalahan penggunaan kosmetik akan mempengaruhi kulit tersebut. Perhatikan betul-betul kegiatan harian kita , terutama apa yang kita makan, jenis produk ,skin care yang kita guna dan keadaan persekitaran,tempat kita selalu lepak,kerja dalam aircond, panas terik atau banyak lagi faktor persekitaran.


   Uolls boleh sedar bila keadaan sensitif itu terjadi?




  • Guna produk muka jenama baru
  • Makan sesuatu jenis makanan
  • Terdedah dengan perfume, pewarna rambut,atau apa2 bahan kimia
  • Masa mandi dan minum air berklorin
  • Terkena sabun cuci baju
  • Berada di tempat atau bangunan tertentu
  • Sedang stress
  • Simptom semasa kulit sensitif
  • Kulit menjadi merah
  • Kulit menjadi pedih
  • Kulit mengelupas
  • Kulit rasa terbakar
  • Tompok-tompok hitam
  • Naik ruam /jerawat
  • Semua diatas.


  • Ok berikut adalah sebab-sebab asas kulit sensitif. So dh tau jenis kulit uolls?:) harap ini membantu untuk lebih mengenali jenis kulit uolls! Kalau korang tak ada masalah di atas tapi still  ada masalah lain sila jumpa pakar kulit. jangan pandai-pandai jadi doktor sendiri or doktor orang lain. Bahaya! Sebab lain-lain orang, lain-lain jenis kulit tau. kandungan hormon dalam badan kita tak sama. Jadi if uolls pakai sesuatu produk tu bagus kt kulit uolls, tak semestinya produk tu sesuai dengan kulit member-member uolls yang lain. Pemakaian macam-macam jenis jenama pencuci ni buat kulit muka korang bereaksi dengan bahan kimia. Boleh bayangkanlah efek dia mcm mana kalau dah banyak sangat uolls guna. Kalau dapat yang sesuai takpelah. Kalau semua jenama tu tak sesuai macam mana? rosak kulit nanti. So, kesiankanlah kulit uolls semua ya.. Yang paling penting please please kalau boleh stick to one product only, BELAJARLAH UNTUK SETIA. bukan hanya pada boyfriend je kena setia. Hihihi.. =) sebab produk yang sesuai anda pakai dapat mengawal masalah kulit yang anda hadapi dengan lebih baik. Elakkan buat kulit anda pening nak adapt macam-macam jenis pencuci muka korang. tak dapek nak nolongnye.... 


    Make sure uolls tidur dengan cukup (6-8 jam) sehari. atur waktu tidur dengan betul. minum air masak minimum 8 gelas sehari. Ada yang datang dan tanya pada Qim sendiri elok tak amik supplement? The answer is YES! Lebih bagus jika anda mengamalkan makan vitamins or any supplements for general health twice a day, after lunch/dinner.
    Jadi, belum terlambat lagi uolls nak berubah. Renung-renungkanlah dan selamat amalkan aktiviti sihat! ;) Semoga bermanfaat.


    p/s : jangan menggunakan produk-produk kulit yang mengandungi bahan formaldehyde-based preservatives dan Sodium Lauryl Sulfate.




    Thanks for reading guys! 

    No comments:

    Post a Comment