Thursday 17 January 2013

Jom Kahwin! by Lambaian Wedding

Assalamualaikum w.b.t

Lambaian Wedding:

Pelamin Nikah+Tunang
Pakaian Pengantin
Make Up
Dekorasi Meja Makan Beradab
*Menerima Tempahan*














~Your Dream Wedding~
by Lambaian Butik

Busana / Konsep: Lambaian Butik / Shereena Razak
MUA: Yazreen Razak
Photographer: Raj Metha & SNR Photography

Location: Lambaian Butik, Bandar Botanic Klang, Selangor



Contacts:

013-6286880 (Yazreen Razak)

Blog: lambaianwedding.blogspot.com



Thanks for reading!

Behind The Scene of Lambaian Wedding

Assalamualaikum w.b.t

Lambaian Wedding menyediakan pakej majlis perkahwinan dan tunang bermula dengan harga yang murah dan juga berpatutan.
Jom Kahwin! by Lambaian Butik
Check it out!


Hi there! Qim baru je selesai sesi penggambaran busana-busana pengantin semalam. Ramai yang ingat Qim dah nak kahwin. Belum ye, masih jauh perjalanan gtew~ :) Okay, dua hari lepas, qim menerima BBM dari boss butik tu sendiri. Dorang perlukan model & kami pun bincang tentang date/time dan juga payment. Lepas dah setuju, baru kami proceed.

 Pasal photoshoot semalam kan, Titew nak cakap titew happy sangat!!! Semua crew pun puas hati coz gambar-gambar semua cantik! Shooting kali ni mengambil masa 3 jam lebih (kena menggayakan sebanyak 4 busana pengantin) dan boleh dikatakan ini adalah antara shooting yang paling sempoi & enjoy.  Rasanya lebih banyak gelak and mengusik orang. Bagus juga bila suasana meriah camni, buat tak stress & lagi tambahkan mood model dan crew lain untuk bekerjasama. Lagi best kan..... dorang belanja pizza! bhaahah...tentiu kak ayeen & shereena! Thanks for the pizza.

Lokasi:Lambaian Boutique, Klang, Selangor.

Oh okay, sebelum Qim merepek-repek ke cerita lain baik kite focus balik ke topik tadi. Seperti yang dijanjikan, Qim nak share pengalaman shooting baju-baju pengantin daripada koleksi daripada Lambaian Wedding. Lokasi shooting adalah di Butik Pengantin Lambaian itu sendiri iaitu terletak di Taman Botanic, Klang. Overall Qim boleh cakap memang sangat sangat puas hati. =) Dari awal sampai kat butik diorang pagi-pagi, sampailah shooting selesai.


Busana kebaya yang direka sendiri. Sulaman dan jahitan pada busana kebaya ini sangat halus dan kemas.

Okay meh Qim cerita serba sedikit tentang Lambaian Wedding. 

Lambaian Wedding diasaskan oleh cik Yazreen Razak (Kak Ayeen) dan juga adiknya Shereena (Kim). uiks nama si adik sama dengan saya, jadi saya bahasakan dia as Shereena okay. :) Apa yang istimewanya kedua-dua beradik ini menjahit dan menyulam sendiri busana pengantin mereka. Hebat, seriously! Kak ayeen kata butik Lambaian mereka menekankan konsep moden dan kontemporari. Walaubagaimanapun mereka tetap mengekalkan nilai kemelayuan tersendiri. Rekaan mereka juga lain daripada yang lain. 


Sesuai untuk pasangan yang mahukan kelainan pada hari bahagia mereka. Seriously, Qim sendiri yang pakai dan menggayakan busana mereka ni rasa special sangat. At that time you can feel the aura of a Raja Sehari yang gahhhh gitew. Ianya sangat selesa dan bila bergambar tu kelihatan sungguh ayu dan automatically jadi photogenic. Hihihi. Sementara nak tunggu gambar-gambar dari photographer siap, mari kite tengok dulu gambar-gambar 'behind the scene' sesi penggambaran kali ni!

Pada kesempatan ini Qim nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada Kak Ayeen & Kim sebab memberi kepercayaan 100% kat Qim untuk memperagakan busana-busana mereka yang TIP TOP! Kesemua busana-busana yang ada dalam butik dorang ni 'handmade' okay. Rekaan juga originally by them! Alhamdulillah pihak Lambaian Boutique telah memilih Qim menjadi model utama untuk butik mereka. Pamphlet & Banner for their boutique will be published soon! Just wait for it ya! :) Dengan itu, ianya menjadi tugas saya juga untuk mempromosikan butik pengantin mereka. 

Qim boleh cakap semua yang pernah menggunakan khidmat Lambaian Wedding mesti akan puas hati punyalah. Yela mana taknye, Kak Ayeen ni serba boleh, all in one package uolls! Makeup dia buat, Pelamin dia buat, Busana dia buat, rambut pun dia setkan (tu sekali dengan mekaplah kan), accessories disediakan, meja makan beradab pun dia n crew Lambaian decorate sendiri & macam-macam lagilah (nak tau lagi boleh tengok blog depa kat sini or call je). So, tak payahlah korang pening-pening kepala nak cari meraban-raban siapa nak mekapkan korang, baju nak sewa/tempah kat sape. By the way, dorang pun terima tempahan baju. Just kena roger awal jelah :) 


Okay korang, jom tengok behind the scene sepanjang photoshoot ini. Credit to Shereena! Dia tolong snap guna digital camera saya (Nikon Coolpix) Thank you babe!

 
makeup session by Yazreen Razak

Sewaktu rambut di 'set' kan. :)
Oh tibe-tibe customer Qim boleh call pula. lupa nak silentkan fon. nasib baik baru je nak start :) Lepas tu qim terus silentkan. Ingat ye semua tak kira model/crew lebih elok silentkan phone anda semasa di set. supaya tak ganggu konsentrasi masing-masing.


Magical touch by Kak Ayeen.


Here comes the bride... :p
The innocent bride...waiting for her prince charming. Qim cukup suka dengan gown putih ni. Skirt dia kembang dan kainnya lembut. Bila pakai memang terasa macam bidadari kayangan.

Kak Ayeen tukar setting rambut for the next busana. Kebaya! very nice!


amik mood....

Pic kat bawah ni nampak macam sama dengan white gown tadi but actually it's a different one. Yang Qim pakai kat bawah ni skirt dia tak kembang macam tadi. Skirt direka dengan jahitan/pattern rose. penuh rose putih kt skirt tu. Skirt dia jenis meleret panjang tu. 
Bagi mereka yang memerlukan khidmat saya juga, as usual boleh contact Qim terus.



 The best moment!
Love this! posing ala-ala nak buat videoclip Patah Seribu pula.
Busana peach ni banyak diamonds. Memang ELEGANT!

For your information, Lambaian Wedding telah lama beroperasi lebih kurang 4 tahun. So far, tiada masalah bagi kedua adik-beradik ini untuk melebarkan sayapnya. Mereka terus mencari idea yang unik dalam menambah koleksi busana dan pelamin. Kerja keras mereka selama ini membuahkan hasil apabila makin hari makin ramai membuat tempahan. Wah bestnya ramai nak kahwin. :) oh ya minat mereka yang sangat mendalam dalam bidang ini juga membantu menguatkan semangat untuk terus maju. Qim agree on that! Yela, best kan kalau buat kerja yang kita minat. Benda tu akan jadi hobi dan berterusan. Lebih afdhal macam tu. InsyaAllah makin murah rezeki.


 Qim sentiasa mendoakan kejayaan butik ini. Jadi, korang semua yang dah nak kahwin tu, lagi-lagi kat area Selangor. Elok sangat korang ke Lambaian Boutique saje. Kalau berkenan, kire ON lah.  :) Jika ada sebarang pertanyaan, bolehlah contact boss nye terus, Kak Yazreen ataupun adiknya Shereena. Package untuk majlis resepsi memang berpatutan. Ada package-package tertentu. Package adalah mengikut bajet anda sendiri. Kalau Qim tengok, macam-macam hadoo! Tinggal pilih je package yang sesuai dengan bajet korang. ;)

For more info:
Click down here! ^.^
~LAMBAIAN WEDDING~

Contact number:
0136286880 : Yazreen Razak

Oh ya. next entry Qim update gambar-gambar yang dah siap dari photographer. 
=)

Thanks for reading!

Wednesday 16 January 2013

Nak sihat dengan Tutti Fruity

Assalamualaikum w.b.t

Sekarang jam menunjukkan pukul 3 pagi and kenapa diri ini tak tidur lagi??? okay, saya pun tak tau nak jawab apa. Saya bukan mengalami insomnia tapi saya dah tertidur kejap malam td. ni baru bangun. esok ade shooting. memang terbaik sangat. Saya tertidur tadi pun sebab perut lapar...pastu mcm nge-ngantuk blur-blur... golek punya golek kat atas katil tu, saya terus diulit mimpi tanpa disedari. Oh emm jayyy! nape ayat macam nak dapat point karangan PMR ni? Okay cut the craps Qimmy!


Hari ni nak cakap pasal makanan favourite saya! Saya memang penggemar aiskrim yang tegar. Semua aiskrim memang sapu terus. Kat rumah ni kalau beli aiskrim bertong-tong yang kat Tesco tu, yang dok menghabiskan kesemua aiskrim tu adalah Qim. Yes! tak tipu! Kalau orang balik keje kat rumah ni, sape-sape yang mengidam nak makan aiskrim tu memang akan frust menonggeng bila buka fridge tengok aiskim yang banyak-banyak tu dah lesap. 

Sejak pertama kali makan Tutti Fruity dulu, memang terus jatuh cinta! Kadang-kadang sampai boleh ignore orang sebelah masa makan tu. Punyalah  'feel' menikmati aiskim TF tu.heehehe.

Dengar je pasal Tutti Fruity ni dah ade kat Malaysia, memang excited la. hehehe. Tutty Fruity ni jual frozen yoghurt. Ala-ala yoghurt yang telah di-aiskrim-kan. Pergh kalau cikgu BM saya tengok type cenggini, mesti dia sedih. Hehe.  Oh saya pernah kena gelak sebab panggil benda ni aiskrim. eh Hello! ske hatilah saya memang suka guna bahasa sendiri. dah benda tu memang macam aiskrim pown.hehehe ceh tak memasal nak emo! Terimalah diri ekau tu dah selalu dibahan Qim oi. :P

  TF with family members! ^.^

Haa cakap pasal aiskrim yoghurt ni, kalau aiskrim tu memang saya selalu makan. Yoghurt plak kadang-kadang je makan sebab tak tahan masam dia. Saya makan pun sebab kandungan yoghurt ni sangat berkhasiat. Kaya dengan pelbagai vitamins dan mampu meningkatkan auto imun tubuh kita. Frozen yoghurt ni sesuai lah sangat bagi mereka yang nak diet sebab benda ni sedapppp dan menyihatkan ogeyy! Kalau perasan banner saya ni pun haa dekat salah satu cawangan Tutti Fruity di Seksyen 9 Shah Alam. 

Tengok betapa tegarnya kt TF ni sampai letak banner kat blog ni. Sekarang dah banyak dah kedai TF ni, bersepah dah. Yang qim selalu makan pun dekat Klang, Cheras, Lot 10 & Shah Alam.  Ada lagi cawangan TF dibuka dekat Sunway Pyramid, TTDI, The Curve, Wangsa Walk.

Percaya tak dua-dua cup ni Qim makan sorang ogey. pelahap btul. hihi

TF memang tempat paling sesuai korang nak lepak dengan member-member korang, tak kisah lah nak discuss something ke, nak buat assignment ke, nak borak-borak kosong ke, nak bergambar ke memang TF la tempat paling sesuai. Takde sape larang, malah orang kerja TF tu lagi mengalu-alukan korang hehe. Tempat pun sejuk ber'air-cond'. Kalau ada di antara korang yang tak tahan sejuk, TF ada juga menyediakan tempat duduk di luar. Oh ya, tak silap TF ni ada 3 cup. small, medium, & large. (cup berkaler hijau, pink, orange and pink). 

Lepas korang amik yoghurt dengan cara mengepam tu, korang boleh tambah toppings. Buah-buah dia ada strawberi, kiwi, pisang, peach, nenas dan banyak lagilah. Lagi ada jugak topping coklat chips, oreo, waferstick, nata de coco, smarties banyak lagilah.

 Ni toppings dia! :) Jom pilih!

Lepas pilih topping, sesi menimbang pula. Cup TF korang perlu ditimbang sebab nak tahu berapa yang korang kena bayar. Selalunya Qim amik size Medium or  Large.  Kena charge dalam RM15++  Haa, as a reminder, korang jangan terlalu ikut nafsu sangat. Hehe. kang tah berapa kena bayar pulak. Bagi Qim, harga dia reasonable lagi. Yela, sebab sedap kan, tu rasa berbaloi. :) Boleh hilangkan stress ku ini. Okay, ni antara kelebihan Tutti Fruity:


  • Menguatkan sistem imun badan.
  • Mengelakkan diarrhea
  • Mencegah kanser usus
  • Merendahkan tekanan darah tinggi
  • Mengurangkan kadar kolestrol
  • Mencegah bakteria berbahaya.

So, apa lagi tunggu ? Pada sesiapa yang nak makan aiskim but at the same time nak diet, Tutti Fruity adalah pilihan yang TEPAT! Jom ramai-ramai serbu TF sekarang! ;DD

Thanks for reading!

Saturday 12 January 2013

Kembali Photoshoot

Assalamualaikum w.b.t

Mood ber-photoshoot kembali setelah menerima panggilan dari abang Razman. "Ok Qim, nak shoot gambar and video sekali. Boleh kan?". Wah ade juga orang nak record aksi kite kan. =) Panggilan itu menaikkan semangat saya untuk beraksi lagi di depan lensa kamera. Berbulan jugalah tak bergambar ni. Maklumlah, dah semakin busy banget! Kalau takat gambar ambil sendiri tu takyah cakaplah. tu mesti ada. Payment yang ditawarkan pun lumayan kateko! :) Alhamdulillah. Oh ya, this time abang Razman kata nak tonjolkan bahagian wajah especially gigi dan senyuman. So, memang kena senyum lebar-lebar katanya.  Sebab iklan melibatkan suatu produk kecantikan dan ubat gigi. Kena nampak Fresh! :) Pagi tu bangun pagi dan mandi. Gosok gigi agak lama lah hari tu. nak bagi betul-betul bersih. Paling penting sekali bau nafas kita pun kena jaga. Kena pastikan ianya tidak berbau. Nanti buat malu je. Nak tambah berkesan, boleh lah korang beli chewing gum or any sweets yang mint/berangin untuk cover bau mulut tu. Macam saya selalu beli Halls, Clorets, Dentyne takpun Everest Mint. 


 Tahun 2008 yang mengenalkan saya dalam bidang ini. Lokasi sewaktu itu di Bandung, Indonesia when i was doing my pre-medic over there. Mase tu tengah lepak-lepak kat cafe, after class. Then, ada orang approach untuk bekerjasama dengan dia. Start dari situlah saya menjinak-jinakkan diri dalam bidang peragaan. Lepas sekali attend 1 photoshoot, lepastu tawaran lain akan datang. Tapi saya nasihat kenalah pilih tema photoshoot sesuai dengan diri anda. Sebab kalau anda grab je tanpa fikir panjang, it's not worth it you know, trust me. 

Oh, adakah ganggu masa belajar? Tentu tidak sama sekali. Kena pandai urus masa, kenalah atur schedule anda dengan betul. kalau packed sangat, memang saya tolak tawaran cara baik. kalau tidak pun, saya akan curi masa free biasanya weekend. Bosan-bosan tu boleh la pergi. At least ada life sikit, Maklumlah di tempat orang. Aktiviti pun tak banyak selain daripada aktiviti campus. Boleh dikatakan banyak juga pengalaman yang saya kumpul dalam bidang ini. Alhamdulillah. Saya juga menjadi semakin dewasa dan dapat meningkatkan konfiden diri. Yela, macam-macam orang kite jumpa kan. Setiap seorang mempunyai sudut pandang yang berbeza-beza. Jadi kita dapat menyesuaikan diri dan lebih mengenali orang. Saya ambil yang postitif, iaitu saya enjoy melakukannya, justeru itu mendapat income. Bukan hanya income yang saya fokus, TAPI pengalaman. Itu sangat penting bagi saya. Jadi, saya menjadikan bidang modeling ini menjadi part-time job saya selain make-up orang, performer (dance+hosting+acting) dan juga handle online business saya (jual casing, vapor, alat mekap, baju, heels).

Meet my MUA: Kak Diana :)

Okay back to the story, pada hari photoshoot tu memang bangun awal dan mekap sikit. Just light make-up coz nanti kat sana akan dimekapkan oleh jurumekap abang Razman, bernama Kak Diana. Sweet orangnya, guess what? Kak Diana sudah pun berumahtangga. Husband dia pun salah sorang photographer yang hadir mase tu. Dorang friendly & memang sweet couple lah! Venue dia dekat Ara Damansara. Kena pergi office abang Razman dulu. Nasib baik ada GPS yang banyak tolong nak sampai kt studio tu.

Sampai-sampai je, terus ganti baju and mekap. Konsep mekap 'natural' sahaja. sukaaanya! Yela selalunya photoshoot dorang makeup tebal-tebal (heavy make-up) terasa berat bebeno muka ni. Siap kalau senyum boleh nampak Crack! hehehe. So memang qim prefer 'natural' je.

Senyum lebar-lebar !
Your smile is contagious! So please smile while you can! :)

"It's a WRAP!!!" Dengar je benda tu semua jerit Hooray! hahaha It was fun! Crew-crew semua sporting abis, padahal baru first time jumpe dengan diorang. :) Pendek kata senang bekerjasama dengan abang Razman dan crewnya. Selain daripada mesra orangnya, payment pun dia bagi on time. :) Rasanya inilah sesi bergambo yang paling sekejap saya pernah buat.Hanya sejam lebih! sangat marvellous! :) Tak penat pun. just duduk-duduk jadi perasan berangan macam seorang princess. Then, senyum-senyum sengsorang. Kena buat macam ni, tengok cermin den alih-alihkan muka sambil tengok cermin tu, then tengok gigi, tunjuk gigi macam buat ekspresi yang gedik-gedik comel. Kadang-kadang tu ter'over' minta maaf lah ye. hahaha. Yang lain pun gelak bile Qim buat over.kuikui.. Memang terbaiklah 

Selesai semua, masing-masing kemas dan balik. Rasanya saya yang balik paling awal sebab ada appointment dengan customer plak lepastu. Tu jelah nak share untuk this entry. Oh ya, next dapat job Bridal Photoshoot! Ini kali ketiga menggayakan baju pengantin. InsyaAllah saya update lepas ni pasal sesi shoot baju pengantin pula. Taraa!

Thanks for reading guys!